
KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan insentif RM500,000 buat Bonnie Bunyau Gustin atas kejayaannya mempertahankan pingat emas dengan memecahkan rekod dunia pada temasya Paralimpik Paris 2024.
Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata, atlet powerlifting itu telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dan juga Sarawak dalam arena sukan antarabangsa.
“Bonnie ialah model yang harus kita ambil sebagai contoh, saya ucapkan tahniah kepada Bonnie kerana telah dapat memecahkan rekod dunia yang mengharumkan negara Malaysia dan juga Sarawak.
“Kita harap ini akan menjadi dorongan kepada atlet-atlet muda Para Sukma untuk berlatih dengan lebih giat supaya mendapat kejayaan pada masa akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Para Sukan Malaysia…