Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Sarimah Ibrahim Bersyukur Diberi Nama Melayu Tradisional

today22 September 2023

Background

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim menyatakan rasa syukur dikurniakan nama Melayu tradisional meskipun berwajah Mat Saleh.

Menerusi perkongsiannya di platform X, namanya pernah dikatakan tidak moden namun dia akui disebabkan nama itu yang membuatkan dirinya kekal di dalam industri.

“Salah satu aset utama saya dikurniakan dan bersyukur dengan adalah nama saya yang Melayu tradisional.

“Nama yang dulu ramai kata tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’. But you know what? Nama saya ni lah yang membantu saya bangun dan kekal dalam industri kita,” ujarnya.

Malah, dia turut bersyukur dapat fasih berbahasa Melayu kerana bersekolah di sekolah Kebangsaan.

“Dan Alhamdulillah saya masuk sekolah Kebangsaan bila membesar so I learnt fluent Bahasa Malaysia,” katanya.

Menurutnya, dia berpesan untuk menceburkan diri dalam industri hiburan, seseorang perlulah merendah diri, mohon maaf jika tersilap dan sentiasa lakukan yang terbaik.

“Never look down on anyone. Stay humble. Apologize when you mess up. Move on. Do better.

“Thats how you bersedia untuk dunia hiburan. Start from the bottom and work hard. You can do it,” jelasnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan pelakon Nina Smith yang mengatakan dirinya ‘insecure’ apabila dikatakan berwajah Melayu sedangkan namanya Mat Saleh.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Insecure’ Nama Mat Saleh Tapi Muka Melayu, Nina Smith Teruk Dihentam Netizen

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Harrif tak rela catatan rekod dicalar pelumba lain

Kuala Terengganu: Penampilan kali ke-14 pelumba Terengganu Polygon Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh yang juga rekod paling banyak menyertai perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL), bakal dicalar dengan kehadiran pakar pecut benua Eropah dan Oceania.

today22 September 2023