Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Sarimah Ibrahim Selamat Lahirkan Baby Girl!

today19 July 2019

Background

*Terkini: 19 Julai, 10:25pm

Sarimah Ibrahim mengumumkan nama anaknya sebagai Tunku Sofia Najihah, menerusi sekeping gambar yang dimuatnaik di Instagram.Β 

Sarimah, 40 tahun, menyifatkan kelahiran anak sulungnya itu sebagai hadiah dan rahmat yang tidak ternilai daripada Allah SWT.

β€œKami memilih nama Najihah sebagai nama tengah sempena nama nenda suami iaitu Tuanku Najihah. Saya rasa dia kelihatan seperti suami.”

β€œTerima kasih atas doa dan kata kata semangat anda semua.”

**

Pelakon Sarimah Ibrahim menyambut kelahiran anak sulungnya, seorang bayi perempuan hari ini, 19 Julai.

Menerusi update dimuat naik di Instagram Story sekitar jam 2 petang, dia teruja dengan kelahiran itu dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa.

Sarimah mendirikan rumah tangga dengan cucu yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke 10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2016.

Menurut Sarimah, kelahiran anaknya yang digelar Tunku X sejak awal bersamaan tarikh kelahiran moyangnya, Almarhum Tuanku Jaafar Almarhum Tuanku Abdul Rahman iaitu pada 19 Julai.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *