Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Hot FM

Saringan Kesihatan Warga Emas di Klang, Selangor

today4 September 2023

Background

BeVital Humanitarian Relief Organisation (HERO) merupakan badan bukan kerajaan yang fokus kepada akses perubatan & kesihatan kepada golongan rentan dan terpinggir. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah klinik bergerak ketika misi bantuan bencana di dalam dan luar negara dan fisioterapi percuma kepada golongan terpinggir secara “outreach” di Lembah Klang.

Di bawah program Selangor Health Partnership Programme (SELHEP), BeVital Humanitarian Relief Organisation (HERO)
akan menganjurkan Program “Healthy Ageing: Preventing Frailty Among Elderly”.

Program ini melibatkan aktiviti saringan kesihatan, ceramah kesihatan, senaman dan rawatan fisioterapi khusus untuk warga emas. Projek disasarkan melibatkan 2000 orang warga emas di komuniti dan pusat jagaan warga emas di Daerah Klang. Ia akan dilaksanakan setiap 2 minggu setiap bulan bermula September 2023 sehingga Ogos 2024.

Program pertama adalah pada 9/9/2023 di BENGKEL DAYA KLANG, TAMAN BAYU PERDANA, KLANG, SELANGOR.

Poster Acara

Written by: Hot FM


Previous post