
PUTRAJAYA: Kerajaan menyasarkan penggunaan teknologi nuklear sebanyak 40% menjelang 2030 dengan nilai pelaburan industri RM2.4 bilion, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.
Menurutnya, setakat ini penggunaannya di Malaysia mencapai 20% dan akan ditingkatkan menerusi pengenalan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030) iaitu hala tuju strategik jangka panjang.
“Kita harap dasar ini boleh membantu dasar negara meningkatkan penggunaan teknologi nuklear sebanyak 40% menjelang tahun 2030,” katanya pada sidang media selepas merasmikan DTNN 2030.
Chang berkata penggunaan teknologi di Malaysia kini boleh disifatkan baik namun tidak tinggi dan hanya terhad kepada beberapa sektor sahaja seperti perubatan.
Jelasnya, ia turut digunakan dalam meningkatkan jaminan keselamatan makanan termasuk penghasilan beras berkualiti dan lebih tahan…
