
PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memberi penghormatan kepada mendiang Karpal Singh kerana enggan mengambil satu sen walaupun mewakili Presiden PKR itu di mahkamah selama bertahun-tahun.
Beliau teringat ketika ‘Harimau Jelutong’ itu melawatnya di penjara dan menegurnya selepas keluarga dan rakan ketua pembangkang itu mengutip sehingga RM400,000 untuk membayar yuran guamannya.
Tanpa pengetahuan Ahli Parlimen Port Dickson itu, mendiang menemuinya di penjara dan memarahinya.
“Rupanya adik saya berunding dengan keluarga…Wan Azizah (Ismail)…kita dapat sumbangan sehingga RM400,000 tapi itu sedikit sangat.”
Katanya, apabila adiknya ke pejabat mendiang untuk membayar, dia bertanya dan marah serta menghalau keluar.
“Adik saya nak pergi bayar, dia halau pula. Jumlah yang…