Chong Fat Full berkata, beliau telah diberi kuasa sedemikian menurut watikah pelantikan terkini yang diluluskan presiden parti, Muhyiddin Yassin.

PETALING JAYA: Ketua sayap bersekutu Bersatu Chong Fat Full berkata, beliau telah diberi kuasa untuk menentukan nasib ahli jawatankuasa, bercanggah dengan dakwaan bahawa perkara itu budi bicara mutlak presiden parti.
Chong berkata, kuasa sedemikian dinyatakan dalam watikah pelantikan terkini.
“Watikah baharu itu telah pun diluluskan oleh presiden, Muhyiddin Yassin, tanpa disedari ramai ahli,” katanya kepada FMT.
Dokumen itu telah diluluskan oleh Muhyiddin pada 6 Jun, kata Chong yang menggantikan Edmund Santhara Kumar pada Ogos tahun lepas.
Beliau berkata, surat kuasa baharu itu membolehkannya membuat “sebarang keputusan” kerana presiden telah mengamanahkannya untuk mengendalikan perkara…