Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Akan Berusaha Bawa Mereka Balik Raya Haji Kelak” – Farid Kamil Harap Dapat Sambut Aidiladha Bersama Diana Danielle & Anak-Anak

today30 May 2023

Background

Pelakon Farid Kamil berhasrat untuk membawa isterinya yang juga seorang pelakon, Diana Danielle dan anak-anak pulang ke kampung bagi menyambut hari raya Aidiladha bersama kelak.

Menurut Farid atau nama lengkapnya Farid Kamil Zahari, 42, perkara tersebut sudah menjadi tradisi keluarga untuk pulang ke kampung halaman.

“Harapan saya ingin membawa isteri dan anak-anak untuk pulang beraya ke kampung.

“Memang saya ada merancang untuk beraya di kampung seperti biasa jadi, saya akan berusaha membawa anak-anak balik raya haji kelak.

“Ini sudah menjadi tradisi keluarga untuk beraya di kampung setiap kali perayaan,” katanya ketika ditemui XTRA di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Proses Hadanah Interim Farid Kamil & Diana Danielle Masih Berjalan, Keputusan 8 Ogos ini

ARTIKEL BERKAITAN: Farid Kamil Syukur Urusan Jumpa Anak Dipermudahkan – “Saya Harap Mungkin Boleh Disulami Dengan Ibu Mereka Sekali”

Pelakon filem Anwar: The Untold Story itu ditemui hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam yang ditemani peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan bagi sebutan semula kes hadanah (hak penjagaan) dua anak mereka Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. yang dilanjutkan kepada 8 Ogos depan.

Sementara itu, usaha pihak media untuk mendapatkan komen daripada Diana Danielle gagal apabila pelakon filem Imaginur itu enggan mengulas sebaliknya terus beredar menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.

Terdahulu, pelakon dan pengarah itu membawa anak sulungnya, Muhammad pulang ke kampung di Kedah meraikan 1 Syawal.

Sekadar info, Farid dan Diana berkahwin pada November 2012. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad dan Aurora.

Written by: Aqilah