Site icon Hot FM

“Saya Akan Sumbang Separuh Kutipan Royalti…” – Altimet Tawar Bantu Bayar Denda RM100,000 Selangor FC

Penyanyi dan komposer, Altimet berniat mahu menawarkan untuk menyumbang bagi membantu membayar denda skuada Selangor FC (SFC) susulan penarikan diri pasukan pada perlawanan Piala Sumbangsih, Mei lalu.

Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata, dia mahu menyumbang separuh kutipan royalti harta inteleknya tahun ini jika SFC sudi menerima tawaran tersebut.

“Saya akan sumbangkan separuh kutipan royalti harta intelek saya tahun ini untuk bayar denda ini jika SFC sudi,” ciapnya ringkas di platform X.

Terdahulu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan memaklumkan SFC didenda RM100,000 dan pemotongan tiga mata dalam saingan Liga Super 2024/2025 susulan ketidakhadiran mereka pada perlawanan Piala Sumbangsih menentang pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.

Skuad Merah Kuning itu juga perlu membayar pampasan kerugian ditanggung JDT selaku pasukan tuan rumah perlawanan pembukaan musim itu dan MFL dengan jumlahnya akan dimaklumkan kelak.

Selain itu, perlawanan Liga Super minggu ke-14 antara Selangor dan JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga akan dimainkan tanpa penonton.

Selangor dilaporkan terpaksa menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih susulan insiden bintangnya Mohamad Faisal Abdul Halim menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei.

ARTIKEL BERKAITAN: Didakwa Makan Daging Babi, Altimet Tampil Pertahankan Adam Corrie – “Sepanjang Kenal Tak Pernah Nampak Beliau Langgar Agama”

ARTIKEL BERKAITAN: Nekad Tinggalkan Dunia Glamor, Altimet Tolak Tawaran Menyanyi Demi Membantu Rakyat

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Masih Tak Selesa Dipanggil YB”- Altimet ‘Janji’ Kebajikan Masyarakat Akan Terus Diperjuangkan

ARTIKEL BERKAITAN: Altimet Bertanding PRN Selangor, Mahu Berkhidmat Untuk Penduduk Ampang – “Menang Atau Tak…”

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Exit mobile version