
PETALING JAYA: Zaid Ibrahim mempertahankan penghijrahannya dari satu parti ke parti lain atas sebab prinsip dan bukan untuk jawatan.
Bekas menteri undang-undang itu berkata, perjalanan politiknya menyaksikan beliau kembali ke pangkuan Umno bulan lalu, selepas dipecat parti itu pada 2008.
Zaid juga menyertai PKR, kemudian menubuhkan parti KITA, sebelum bersama DAP seketika.
Bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu merujuk rekod beliau yang menunjukkan isu kerusi atau jawatan tidak menjadi perkiraan dalam percaturan politiknya.
“Sebenarnya, saya bergerak dari parti ke parti ni pun bukan saya cari jawatan. Saya tak pernah dapat apa-apa jawatan. Saya walaupun berhijrah dari parti ini ke parti ini untuk mencari model yang sesuai untuk negara kita.
“Jadi, saya tak pernah rasa malu tentang hijrah saya ini sebab saya tidak pernah lari…