KLUANG: Selepas dinobatkan Adun Mahkota baharu, Syed Hussien Syed Abdullah mahu meraikannya bersama insan tersayang dengan menziarahi kubur bapanya yang meninggal dunia pada 10 Sept lalu, empat hari sebelum penamaan calon.
Bercakap kepada pemberita, ketua Pemuda Umno Kluang mahu ‘memberitahu’ bapanya Syed Abdullah Syed Abdul Hamid kemenangan manis dikecapinya.
“Hari pertama sebagai wakil rakyat esok, saya akan menziarah kubur arwah ayah di Tanah Perkuburan Kampung Melayu pada 7.30 pagi.
“Saya nak bagitahu abah, saya berjaya hasil kerjasama pasukan kami,” katanya di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim selepas diumumkan menang PRK DUN Mahkota dengan majoriti 20,648 undi.
Syed Hussien daripada Barisan Nasional memperoleh 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional Haizan Jaafar yang hanya mendapat 7,347 undi.
Sementara itu, Ketua Pengarah PRK Mahkota BN, Onn Hafiz Ghazi, berkata…