Hot FM

Saya bukti masuk Umno bukan jadi ‘pak turut’, Akmal beritahu KJ


Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh mengalu-alukan kesediaan Khairy Jamaluddin kembali ke pangkuan Umno.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata dirinya bukti menyertai Umno bukan menjadi ‘pak turut’, berdasarkan kenyataan pernah dibuatnya sebelum ini.

Akmal berkata, malah Presiden Umno Zahid Hamidi sentiasa mengalu-alukan cadangan atau pendapat dalam kalangan pemimpin parti.

“Kerana saya adalah bukti bahawa masuk dalam Umno ini bukan menjadi ‘pak turut’.

“Walaupun ada beberapa pendapat saya yang bercanggah dengan presiden (Zahid), tetapi tidak pernah sekalipun presiden minta saya berhenti daripada mengeluarkan pendapat,” katanya kepada FMT, mengalu-alukan kesediaan bekas ketua Pemuda Khairy Jamaluddin kembali ke pangkuan Umno.

Pada 6 Dis lalu, Khairy menyatakan hatinya sentiasa bersama Umno namun menegaskan tidak mahu kembali ke parti itu hanya untuk menjadi ‘pak turut’.

Katanya, kepulangan ke Umno sesuatu yang boleh dibincangkan jika parti itu boleh…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version