
PETALING JAYA: Mustapa Mohamed menegaskan beliau sudah pencen daripada politik dan keluar Bersatu selain meletakkan semua jawatan pada September tahun lalu.
Kenyataan itu menyusul selepas FMT semalam melaporkan Bersatu Kelantan sedia memberi laluan kepada ahli politik berpengaruh itu untuk merampas semula kerusi Parlimen Jeli jika PRK diadakan.
“Saya ingin memaklumkan bahawa saya telah pun meletakkan jawatan sebagai ahli dan semua jawatan dalam parti Bersatu pada 30 Sept 2023.
“Saya mengulangi sekali lagi kenyataan yang dikeluarkan pada 2 Nov 2022 bahawa saya sudah ‘pencen’ daripada politik apabila membuat keputusan untuk tidak bertanding dalam PRU15,” kata veteran politik itu dalam kenyataan.
Mustapa lebih dikenali sebagai Tok Pa memenangi Parlimen Jeli sejak 1995, sebelum menarik diri daripada bertanding pada PRU15.
Zahari Kechik, bekas setiausaha…