
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi diberitahu, hari ini, AmBank mencapai penyelesaian RM2.83 bilion dengan kerajaan berhubung skandal rasuah 1MDB.
Bagaimanapun, Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, berkata dia tidak pasti sama ada penyelesaian itu turut membabitkan Najib Razak.
Saksi pendakwaan ke-37 berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed dalam perbicaraan rasuah bekas perdana menteri itu membabitkan RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan negara berkenaan.
Wan Aizuddin: Adakah anda tahu penyelesaian antara AmBank dan kerajaan berhubung keseluruhan episod itu?
Uma: Saya dengar berkenaan penyelesaian dengan bank tapi tidak mengetahui secara terperinci.
Wan Aizuddin: Adakah penyelesaian itu semata-mata…