Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Saya Ingat Dia Jenis Kasar” – Nur Shahida Puji Cik B Berbudi Bahasa

today28 February 2025

Background

Usahawan terkenal, Datin Seri Nur Shahida secara terbuka memuji pempengaruh terkenal, Cik B, kerana sikapnya yang berbudi bahasa.

Menerusi sebuah video siaran langsung yang disunting dan dimuat naik di aplikasi TikTok, isteri kepada Datuk Seri Aliff Syukri ini berkongsi pengalaman peribadinya bersama anak kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV), yang disifatkannya sebagai seorang remaja yang sopan dan beradab.

Dalam perkongsiannya, Shahida turut meminta orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menghakimi Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 19, tanpa mengenalinya secara dekat.

“Cik B memang baik dan berbudi bahasa. Janganlah kalian mengutuk dia tanpa mengenalinya terlebih dahulu. Dahulu, sebelum saya mengenali Cik B, saya sangka dia seorang yang kasar.

“Namun selepas duduk bersama hampir dua minggu, saya sedar dia sebenarnya seorang anak yang sangat baik. Dia amat menghargai setiap hidangan yang disediakan, walaupun hanya masakan yang ringkas,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Shahida dan turut memuji DSV atas didikannya yang cemerlang terhadap anak-anak, meskipun tanpa kehadiran sosok seorang suami dalam kehidupan mereka.

@shopdherbsonline

Qadijah dah jadi BFF dgn cik b.. Sejak shooting lagu raya hari tu.. #terlajaklaris #papalaris

♬ bunyi asal – ONLINE DHERBS – ONLINE DHERBS

 

Written by: Salma


Previous post