
PETALING JAYA: Ketua Bersatu Bahagian Samarahan, Ismawi Mohammad menjadi calon bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Muara Tuang kerana partinya tidak bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak.
Bekas ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata, beliau sudah lama menunggu peluang untuk bertanding dalam pilihan raya.
“Apabila Bersatu Pusat memutuskan tidak meletakkan calon pada PRN kali ini, saya mengambil keputusan bertanding sebagai calon bebas.
“Tindakan saya ini disokong ahli Bersatu lain di DUN Muara Tuang demi mencapai impian kami dalam politik,” katanya menurut laporan Berita Harian.
DUN Muara Tuang menyaksikan pertandingan enam penjuru melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Amanah, Parti Sarawak Bersatu (PSB),…