
KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Joseph Kurup kecewa wakil PAS dan bukannya wakil parti itu dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) selepas pilihan raya negeri (PRN) Sabah pada 2020.
Kurup berkata, PBRS yang kalah di semua lima kerusi ditandingi pada PRN Sabah, memohon bantuan Barisan Nasional (BN) Sabah untuk mengesyorkan partinya bagi sekurang-kurangnya mempunyai seorang wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Namun, kita rasa dikecewakan selepas diberitahu pemimpin tertinggi sebelum ini sudah bersetuju wakil PAS dinamakan, jadi parti itu tidak akan bertanding pada PRN.
“Kita semua tahu PAS tidak akan dapat mengukuhkan kedudukan BN di Sabah, dahulu atau sekarang,” katanya ketika berucap pada Persidangan Perwakilan PBRS ke-3 di sini.
Beliau turut mengingatkan delegasi bahawa…