
PETALING JAYA: Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau masih menyokong kerajaan perpaduan, walaupun bersuara menentang pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dalam beberapa isu.
Dalam wawancara bersama FMT, Syed Saddiq mempertahankan kritikan pedasnya terhadap kerajaan sambil menekankan ia penting untuk membina demokrasi matang.
Ahli Parlimen Muar itu berkata, beliau menyuarakan kebimbangan sebenar berhubung beberapa isu seperti peruntukan kawasan pilihan raya tidak sama rata, pemusatan kuasa dan lanjutan kontrak tanpa kelulusan Parlimen.
“Terdapat begitu banyak perkara yang saya bangkitkan secara konsisten, tetapi semasa saya membangkitkannya, adakah saya kata saya akan menarik balik sokongan (untuk kerajaan perpaduan)? Tidak.”
“Jadi, adakah saya akan terus lakukannya? Ya, kerana saya berada di sini kerana rakyat…
