Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saya kuarantin kendiri 7 hari selepas pulang dari Jakarta, kata Muhyiddin

today15 August 2023

Background


Muhyiddin Yassin memberitahu mahkamah hari ini, beliau menjalani kuarantin di rumah dari 5 Feb 2021 hingga 11 Feb 2021 sekembalinya dari Jakarta.

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau mematuhi arahan kuarantin di rumah selama tujuh hari sebaik pulang dari kunjungan rasmi ke Jakarta dua tahun lepas.

Semasa kes saman fitnah presiden Bersatu itu terhadap Puad Zarkashi didengar, Muhyiddin berkata, beliau memang berniat menjalani kuarantin mengikut arahan ketua pengarah kesihatan.

“Saya tidak menolak untuk menjalani kuarantin (kendiri). Saya diberi arahan pengawasan dari rumah dan dipakaikan gelang pengawasan,” katanya.

“Saya menjalani kuarantin di rumah dari 5 Feb 2021 hingga 11 Feb 2021. Oleh itu, saya tidak mencetuskan sebarang kejadian mahupun kekecohan di lapangan terbang Subang sekembalinya dari Jakarta disebabkan dakwaan bahawa saya enggan dikuarantin,” katanya dalam pernyataan saksi.

Dua tahun lepas,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: V Anbalagan


Previous post

Sukan

Suhardi PJS baharu ganti Ibrahim

Kuala Lumpur: Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Suhardi Alias dilantik Pesuruhjaya Sukan (PJS) yang baharu berkuat kuasa hari ini dengan kontrak selama dua tahun.

today15 August 2023