Isu & Kontroversi
Nama aktor Fizo Omar dan bekas isteri, usahawan Mawar Karim menjadi topik hangat di platform media sosial sejak minggu lalu.
Permulaan kontroversi ini selepas Mawar membuat luahan tentang Wan Maryam dengan memuat naik gambar anaknya keseorangan ketika bercuti di sebuah taman tema di Johor Bahru di Instagram Stories.
Artikel Berkaitan: Kongsi Foto Anak ‘Keseorangan’ Ketika Bercuti, Hashtag #IndahKhabarDariRupa Mawar Cetus Tanda Tanya
Artikel Berkaitan: Mawar Karim Terkejut Maryam Cakap ‘Sad’ Ketika Bercuti Di Taman Tema, Nafi Sengaja Cari Pasal
Artikel Berkaitan: ‘Dia Seorang Sahaja Anak Saya, Bercuti Pun Di Taman Tema Kanak-Kanak’ – Fizo Omar Enggan Keruhkan Situasi, Anggap Tuduhan Tak Logik!
Ketika dihubungi OhBulan!, Fizo, 36, akui berasa simpati dengan nasib Mawar yang teruk dikecam netizen gara-gara sekeping foto yang diterimanya.
Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar berkata dia sudah memaafkan tindakan Mawar serta menghormati…