
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham memaafkan pelaku di sebalik tercetusnya kebakaran di kediamannya pagi tadi sehingga merosakkan tiga kenderaan.
Ngeh berkata, beliau percaya pelaku terlibat didorong mempercayai perkara tidak benar selain dihasut melakukan perbuatan sedemikian.
“Saya memaafkan mereka yang mahu membakar kereta saya, rumah saya, dan ingin mencederakan keluarga saya.
“Sebagai peguam dan sudah lama berkhidmat dalam perkhidmatan awam, saya tahu terlibat dalam jenayah (pelaku) bukanlah kehidupan membahagiakan.
“Saya menjemput mereka berubah dan menjadi warganegara yang baik. Ahli keluarga anda menyayangi anda, tetapi apabila anda terlibat jenayah, anda mengguris mereka,” katanya pada sidang media.
BERITA LANJUT MENYUSUL
