

Bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau masih aktif sebagai ahli Umno meskipun tidak lagi berada dalam arus perdana politik negara ketika ini.
Ahli Parlimen Bera berkata, beliau kekal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan ketua Umno Bera, namun mengakui tidak lagi terlibat secara langsung dalam politik ‘mainstream’.
“Saya masih aktif sebagai Ahli Parlimen dan ketua Umno bahagian. Tetapi saya sedar tidak lagi aktif dalam arus perdana politik tanah air,” katanya.
Ismail berkata demikian selepas program ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Jalan Merak, Larkin Jaya.
Mengulas mengenai kemungkinan kekal bertanding di Parlimen Bera pada PRU akan datang, Ismail Sabri berkata beliau belum buat sebarang keputusan lagi.
Klik sini untuk baca artikel penuh.
Sumber: