Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Melalui Perkara-Perkara Yang Menghancurkan & Ia Ajar Saya Lebih Kuat” – Bekas Isteri Hisyam Hamid

today27 May 2024

Background

Umum mengetahui, pelakon Hisyam Hamid baru-baru ini telah memaklumkan bahawa dia telahpun bercerai bersama bekas isteri, Rosmawati Hanafi namun enggan mendedahkan punca perceraian mereka.

Bagaimanapun, Rosmawati atau Mel berkata, perceraian yang berlaku adalah satu kehilangan yang berat dan meninggalkan pelbagai tanda tanya buat dirinya.

“Semua yang berlaku pasti bersebab. Setiap patah hati dan kekecewaan membawa rahmat yang tersembunyi. Saya mungkin berasa kehilangan sekarang, bergelut dengan soalan yang seolah-olah tiada jawapan.

“Saya melalui 1,000 perkara dalam hidup yang orang tidak tahu. Saya mengalami perkara-perkara yang menggoncangkan, mengubah, menghancurkan, membina dan mengajar saya lebih kuat yang pernah saya fikirkan,” ulasnya.

Memetik laporan Harian Metro, Mel mengaku hatinya masih terluka dengan apa yang berlaku terhadap perkahwinan yang dibina hampir 20 tahun lalu, namun  percaya bahawa ia akan menjadikan dia lebih kuat pada masa akan datang.

“Buat waktu ini, sudah tiba masanya untuk jadi lebih kuat, reda dengan segala ketentuan dan memperbaiki diri.

“Hati saya mungkin terluka sekarang, tapi perasaan ini tidak akan kekal lama. Hati saya akan pulih semula pada masa yang terbaik,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, berita mengenai perceraian Hisyam dan Mel mengejutkan ramai pihak apabila sebelum ini dia mengambil inisiatif untuk tidak memberikan komen mengenai status rumah tangganya yang didakwa berantakan demi menjaga hati anak-anak serta beberapa faktor lain.

ARTIKEL BERKAITAN:”Kami Tidak Lagi Menjadi Suami Isteri” – Hisyam Hamid

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Telah Bercerai, Hisyam Hamid Belum Sedia Beri Kenyataan – “Perlu Jaga Hati & Perasaan Anak-Anak”

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma