
Menteri Besar Negeri Sembilan Ismail Lasim enggan mengulas mengenai teguran terbuka oleh Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Jumaat lepas.
“Saya okey saja. Tiada apa nak komen pun,” katanya, lapor Sinar Harian.
Pada Jumaat, menerusi beberapa video yang tular di media sosial, Tuanku Muhriz dilihat memberitahu sekumpulan jemaah bahawa Ismail telah mengutuskan surat kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, memaklumkan bahawa baginda kononnya bukan lagi Yang Dipertuan Besar.
Tuanku Muhriz kemudian menempelak Ismail yang turut berada di situ, memberitahunya bahawa baginda enggan berjumpa dengannya dan mempersoalkan tujuan Ismail mahu menghadapnya.
Sebagai respons, Ismail sekadar mengangkat sembah sebagai tanda hormat.
Negeri Sembilan kini berdepan krisis perlembagaan negeri yang tercetus…