Imbas untuk muat turun aplikasi

Lifestyle

“Saya perlu jelaskan… Takut kenyataan disalahertikan.” – Ben Ladin

today29 January 2019

“…sebelum menyambung pelajaran, saya mahu memastikan usaha saya dalam bidang seni membuahkan hasil.

“Buat sementara waktu, biarlah saya berikan dulu sepenuh tumpuan kepada bidang nyanyian”

Itu penjelasan penyanyi Ben Ladin, selepas membuat keputusan untuk menangguhkan hasrat menyambung pelajaran, dan merancang untuk mengumpul wang bagi membeli kereta.

Menurut penyanyi Hikayat Ben Ladin itu kepada BH,

“Sama seperti orang lain, saya juga berharap mendapat keputusan yang baik nanti kerana turut ingin menggegam ijazah.”

Ben yang baru sahaja selesai menduduki SPM berkata, dia terpaksa membuat penjelasan kerana bimbang kenyataan disalahertikan. Kenyetaannya hendak mengumpul wang bagi membeli kereta mengundang pelbagai persepsi, sehingga dikecam.

Written by: Jay


Previous post