Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Pinangkan, Kena Tengok Perangai Madu..” – Perlu Ada Sebab Kukuh, Zulin Aziz Tak Kisah Hidup Berpoligami

today25 January 2023

Background

Pelakon, Zulin Aziz mengizinkan suaminya, Farhan Norzaini sekiranya mahu bernikah lagi atau jatuh hati pada wanita lain namun tegasnya perlulah mempunyai alasan yang kukuh.

Memetik laporan Gempak, Zulin berkata dia meminta suaminya itu untuk bersikap jujur kepadanya dan perlu bersikap adil.

“Saya simple, saya cakap dekat suami ‘you dah nampak contoh, kita ni selebriti dan tak boleh sebarang nak buat perangai’. Kalau nak atau suka dekat seseorang itu, beritahu awal-awal.

“Tapi kena ada sebab dan asbab, kalau kukuh.. jalan, saya pergi pinangkan. Tapi kalau tak kukuh, kena pastikan kukuh dulu. Kalau satu pun tak boleh, nak buat apa dua, tiga empat.

“Bagi kukuh dulu yang satu ini. Nak jadi madu saya pun kena tengok dulu perangai elok ke tak. Kalau tak elok tu, sesuai jadi maid saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulin turut memberi pesanan kepada para suami di luar sana agar tidak mensia-siakan isteri kerana itu adalah satu amanah dari Sang Pencipta.

“Isteri ini amanah dan tanggungjawab, kena ingat dari segi zahir dan batin. Kalau tak adil di dunia ni, nanti dekat akhirat ditanya.

“Kalau satu pun terkontang-kanting, jangan tambah-tambah. Jangan takut pada manusia, tapi takut dekat sana (akhirat) tu nanti,” tambahnya.

Pasangan ini berkahwin pada 20 Februari 2021 dan Zulin sebelum ini mendedahkan dirinya pernah mengalami keguguran pada tahun lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Lepas Keguguran, Zulin Aziz Berang Kerap Diaju Soal Anak – “Rasa Macam Nak Tampar!”

Sumber/Kredit: Astro Gempak

Written by: Aqilah


Previous post