Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saya saran Zahid pecat Annuar sebab bermasalah, akui Jazlan

today12 August 2024

Background


Ahmad Jazlan Yaakub berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Jeram Tekoh di Gua Musang hari ini, yang turut dihadiri Zahid Hamidi (duduk, empat dari kanan).

GUA MUSANG: Ketua Umno Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakub mengakui beliau antara individu menyarankan Presidennya, Zahid Hamidi memecat bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa.

Menurutnya, jika dibiarkan Annuar menjadi ahli Umno lebih lama, beliau akan membawa lebih banyak masalah kepada parti.

“Ambo (saya) antara yang suruh presiden buang (Annuar), tak guna simpan kemuncup di seluar dalam.

“Baik Datuk Seri Zahid ini sebenarnya, sebab lambat buang dia. Patut sudah lama buang Annuar sebab serabut, ambo ucap tahniah kepada puak-puak PAS kerana ambil masalah Umno bawa masuk dalam PAS,” katanya berucap pada majlis ramah mesra bersama penduduk Jeram Tekoh yang turut dihadiri Zahid.

Ahmad Jazlan mendakwa Annuar ketika berkempen di PRK Nenggiri seolah-olah ingin melepaskan dendam dengan menyerang Zahid, sedangkan ia tiada…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Faiz Zainudin


Previous post