Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saya sedia jumpa, harap datang, Dr M beritahu menteri perpaduan

today17 January 2024

Background


Dr Mahathir Mohamad sedia bertemu Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang.

PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad sedia berjumpa Aaron Ago Dagang selepas menteri perpaduan negara itu menyatakan hasrat bertemunya, susulan kenyataan kontroversi mendakwa “masyarakat India tidak setia”.

“Saya sedia jumpa dengan Menteri Aaron Ago Dagang seperti yang dia cadang. Saya harap dia datang,” kata bekas perdana menteri di platform X.

Terdahulu, Aaron dalam satu majlis amanat menteri perpaduan berkata beliau sedia bertemu Mahathir jika “dia terus meluahkan isu-isu sensitif yang boleh memecah-belahkan perpaduan antara kaum”.

Dalam temu bual dengan saluran berita Tamil, Thanthi TV dari Chennai, India baru-baru ini, Mahathir berkata masyarakat India tidak setia kepada Malaysia kerana “masih terikat dengan negara asal”.

Mahathir berkata, orang India di Malaysia mesti ingat mereka ialah rakyat Malaysia lebih daripada pendatang.

Ditanya sama ada ini bermakna orang India di Malaysia harus…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post