Penyanyi, Jaclyn Victor mengakui sedang di dalam fasa bahagia selepas melangsungkan perkahwinan kali kedua bersama lelaki pilihannya iaitu Calvin T. Samuel.
Artikel Berkaitan: Enam Tahun Bergelar Ibu Tunggal, Jaclyn Victor Kini Sah Isteri Calvin Samuel..Pilih 25/5/25 Sebagai Tarikh Keramat
Artikel Berkaitan: Jaclyn Victor Gembira Bekas Suami Jumpa Pengganti – ‘Saya Doakan Dia & Isteri Bahagia’
Kini bahagia

Ketika ditemui OhBulan!, Jaclyn atau nama lengkapnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor gembira apabila ditemukan dengan lelaki yang sepadan selepas enam tahun bergelar ibu tunggal.
Setakat ini saya baik-baik sahaja dan saya merasakan berada di dalam kehidupan yang gembira.
Tidak selalu kita akan berjumpa dengan individu yang boleh serasi dengan kita dan boleh terima kita seadanya.
Namun, saya tidak boleh terlalu selesa dengan perkahwinan dan perlu memastikan perhubungan itu sentiasa baik.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 46 tahun itu…