
KUALA LUMPUR: Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, beliau tidak pernah mengeluarkan arahan membatalkan pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary semasa memegang jawatan itu.
Beliau berkata kenyataan fitnah berhubung isu pengecualian cukai yang dibuat bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin tidak berasas dan tanpa bukti sokongan.
“Sebelum saya memulakan tindakan terhadap defendan (Muhyiddin), saya memberi peluang kepada defendan dengan mengeluarkan beberapa kenyataan supaya menarik balik dan memohon maaf berhubung kenyataan berunsur fitnah itu.
“Bagaimanapun, defendan gagal dan enggan berbuat demikian, menunjukkan betapa angkuhnya beliau. Ia menyebabkan reputasi dan imej saya sebagai ahli politik terjejas teruk disebabkan kenyataan fitnah…