
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak andaian bahawa Jemaah Menteri di bawah pimpinannya tidak bekerja sebagai satu pasukan.
Anwar berkata, pandangan segelintir pihak bahawa beliau dilihat berseorangan mentadbir kerajaan adalah persepsi semata-mata kerana ada beberapa kejayaan dibuat Jemaah Menteri tanpa membabitkan beliau secara langsung.
“Itu persepsi, kita lihat peranan setiap kementerian yang mengadakan mesyuarat setiap minggu…(menteri) ekonomi, kerja raya, pendidikan, kesihatan, komoditi, perdagangan antarabangsa dan industri.
“Kita lihat MITI merekodkan ratusan bilion, menyantuni usahawan desa melalui karnival usahawan desa (KUD) ditingkatkan, aspek komoditi runding sampai Inonesia supaya eksport kelapa sawit ditingkatkan.
“Saya tidak terbabit secara langsung, saya memberi sokongan…saya tidak dapat umumkan semua namun…
