Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Tak Biasakan, Tapi Selalu…” – Ini Respons Azhar Sulaiman Bila Heboh Isu Segelintir Selebriti Gemar Cium Bibir Anak

today8 July 2023

Background

Baru-baru ini, heboh di platform media sosial berhubung segelintir golongan selebriti memuat naik foto ketika mencium bibir anak-anak mereka sehingga telah mencetuskan perbalahan dalam kalangan warganet.

Susulan itu, pelakon Azhar Sulaiman turut memberi pendapat peribadinya mengenai isu tersebut.

Bapa kepada pempengaruh sensasi, Kasih Iris Leona ini berkata dia tidak pernah mencium bibir anak-anaknya.

Sebaliknya, Azhar secara spontan berkata dia kerap kali mencium haiwan peliharaan iaitu kucing kesayangan miliknya, meskipun ada segelintir individu menganggapnya pengotor.

“Mami (gelaran Azhar) tak biasakan.. Selalu cium mulut kucing. Ada yang kata saya pengotor.. Hmm tapi dah sayang, tak apalah walaupun baru lepas jilat bontot dia,” tulisnya spontan di ruangan komen laman sosial portal hiburan.

Menjengah ke ruangan balas komennya itu, ramai yang bersetuju dengan pendapat Azhar itu, malah rata-rata netizen terhibur membaca reaksi aktor drama rantaian Budak Tebing 3.

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Kelantan FC buat Moon-sik ‘kaya raya’

Kuala Lumpur: Kelantan FC umpama retak menanti belah apabila kelab itu diakui perlu membayar pampasan bernilai jutaan ringgit kepada bekas ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik dan pembantunya yang dipecat April lalu.

today8 July 2023