Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Tak Kisah Tau..” – Jadi Mangsa Body Shaming, Ini Respons Almy Nadia

today3 June 2022

Background

Pelakon Datin Almy Nadia mendedahkan dirinya teruk menerima ‘serangan’ daripada netizen yang meninggalkan komen berbaur hinaan pada rupa paras fizikalnya.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik di Instagram miliknya, Almy menjawab kritikan netizen dalam keadaan yang sangat tenang dan enggan melatah.

Malah, Almy sebaliknya menitipkan doa buat individu berkenaan agar dia dipertemukan ketenangan dan kebahagiaan jiwa daripada mengutuk orang lain.

“Posting ni maybe kejap sahaja. Lepas tu kita delete. Cuma nak minta semua tolong berdoa agar yang menulis ni bahagia dunia akhirat,” tulisnya.

Tambah Almy, dia juga turut berpendapat bahawa mungkin individu tersebut seperti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang terutamanya daripada orang di sekelilingnya kerana sengaja menagih perhatian dengan mengkritik badannya.

Malah, dia juga turut menganggap individu berkenaan seperti kurang mendapat kasih sayang daripada orang di sekelilingnya.

“Semoga pemilik akaun IG ni dapat reda dengan apa yang dia lalui. Maybe zaman makin moden ni IG ni kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat-sangat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Almy turut menjelaskan bahawa dia langsung tidak terkesan dengan kata-kata hinaan yang dilemparkan oleh individu tersebut.

“Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia akhirat. Minta semua doa yang baik-baik please. Saya tak kisah tau. Saya sangat-sangat okay ja,” ujarnya lagi.

Menerjah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen turut meluahkan pandangan mereka mengenai isu tersebut serta turut memuji cara Almy menyelesaikan masalah tersebut dalam keadaan tenang.

Rata-rata netizen memberi sokongan kepada isteri kepada pelakon dan pengarah, Datuk Fizz Fairuz untuk cekal tabah menghadapi dan mengabaikan komen-komen yang tidak membina itu.

“Yang penting you tetap lagi letop daripada dia,” kata seorang netizen.

Sekadar info, Almy dan Fizz mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 26 April 2014 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Written by: Salma


Previous post