
KUALA LUMPUR: Loo Ai Swan beritahu Mahkamah Tinggi bahawa dia tidak melaporkan apa yang dikatakan ancaman yang diterimanya semasa berada di luar negara antara 2018 dan tahun lepas.
Bekas penasihat undang-undang 1MDB itu berkeras dia diawasi dan diancam oleh ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho.
“Saya tidak mahu membahayakan diri sendiri,” kata saksi pendakwaan itu.
Ditanya oleh peguam, Shafee Abdullah, tentang kehidupannya di luar negara sebelum ditahan polis tahun lepas, Loo berkata dia menetap di Thailand, kemudian di Kemboja pada 2018, dan berpindah ke China dan Myanmar.
Menurut Loo, Low berkata akan ada suatu ‘tindakan balas’ sekiranya di pulang ke Malaysia. Low juga mendakwa dia sedang berunding dengan kerajaan ketika itu.
“Dia minta saya jangan rosakkan rancangannya.
“Saya rasa jika saya tak ikut arahannya, mungkin akan ada akibat, dan saya ketika itu…
