Penyanyi, Zizi Kirana mengakui jarang membuat panggilan video bersama keluarganya yang berada di tanah air sepanjang menjayakan misi kemanusiaan di Palestin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana Bosan Dengan Isu Politik & Rumah Tangga, Harap Rakyat Malaysia Fokus Misi Kemanusiaan
Tak mahu keluarga sedih

Menerusi hantaran di Threads, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, berkata, dia memilih untuk tidak kerap berhubung dengan keluarga.
Sepanjang pelayaran ini, saya jarang membuat panggilan video dengan keluarga kerana tidak mahu mereka bersedih.
Setiap kali membuat panggilan, mereka pasti menangis, dan saya sendiri tidak mampu menahan perasaan apabila melihat keadaan begitu, lebih-lebih lagi jika ibu saya yang menangis. Luluh jiwa seorang pahlawan rasanya.
Tambah Zizi, meskipun rasa rindu membuak dalam hati, namun bersyukur kerana keluarganya tidak putus menitipkan doa agar keselamatannya sentiasa terpelihara sepanjang menjayakan misi itu.
Namun, Alhamdulillah…