Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Saya tak mampu cakap Cina, tapi menyamar jadi komunis, kata bekas polis

today24 August 2022

Background



Kamarudin Hashim yang pernah menganggotai pasukan elit rahsia, F-Team, menceritakan pengalaman dalam operasi pada 1982 menyelinap masuk menggempur komunis. (Gambar Bernama)

IPOH: Walaupun sudah 40 tahun berlalu, pengalaman menyamar sebagai anggota komunis semasa bertugas sebagai anggota F-Team, sebuah pasukan elit rahsia polis, masih terpahat kukuh dalam fikiran Kamarudin Hashim.

Kamarudin, 73, atau lebih dikenali sebagai “Kenny” semasa bergiat aktif dalam pasukan itu, berkata beliau menyamar sebagai anggota komunis ketika menyertai Operasi Kelah yang dilaksanakan kira-kira setahun di Kuala Lipis, Pahang, pada 1982.

“Saya melakukan penyamaran (kerana mahu menangkap anggota pengganas dari Parti Komunis Malaya semasa operasi berkenaan) pakai baju komunis, tetapi saya diam sahaja sebab saya tidak pandai berbahasa Cina.

“Saya hanya duduk, angkat tangan dan tabik hormat dengan anggota komunis yang lain. Apabila rakan-rakan saya (anggota F-Team) dapat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post