Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Tak Marah, Cuma Puas Ke Cakap…” – Aliff Aziz Kesal Dilabel ‘Penunggang Agama’

today24 March 2023

Background

Penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz mengakui kesal terhadap tohmahan segelintir netizen yang melabelkan dirinya sebagai seorang ‘penunggang agama’ gara-gara kontroversi melanda dirinya baru-baru ini.

Umum sedia maklum, suami kepada penyanyi dan pelakon Bella Astillah itu menyertai jemaah tabligh membuatkan ramai pihak mengecam dirinya selepas terpalit beberapa isu.

Memetik laporan mStar, Aliff berkata segala yang terjadi adalah pengajaran setimpal untuk terus memperbaiki diri dan mendekatkan jiwanya kepada Sang Pencipta.

“Satu pengajaran buat diri sendiri. Saya tak suka melihat kesalahan orang lain kerana dalam setiap perkara mesti ada kesalahan dari pihak kita.

“Saya kecil hati dengan segelintir netizen yang menggelarkan saya sebagai penunggang agama. Saya tak marah.. Yang memberikan kata-kata ini adalah orang Melayu dan umat Islam,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Aliff turut mempersoalkan tindakan segelintir pihak yang seakan tiada empati dalam mencaci individu yang melakukan kesilapan.

“Saya hanya hamba Allah yang lemah, seorang penghibur. Saya bukan wali. Segala kesilapan saya tolong tegur dengan baik.

“Adakah kita bercakap sedemikian nak artis tu jauh daripada agama ke macam mana? Atau rasa puas hati apabila orang tu meninggalkan agama selepas dilemparkan segala tohmahan.

“Saya bukan orang yang sempurna. Hanya hamba Allah yang berlumuran dosa yang cuba untuk membuat kebaikan. Kadang-kadang tersadung, kita bangkit balik,” ujarnya.

Aktor Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini juga tidak mahu memberikan komen mengenai isu bersentuhan ketika dia berlakon.

Namun tidak menafikan, rakan-rakan jemaah tabligh banyak memberinya peringatan serta menganggap perjalanan hijrahnya ini baru bermula.

“Alhamdulillah. mereka sentiasa membuka tangan untuk memberi peringatan. Saya tak mahu komen tentang bersentuhan ketika berlakon.

“Cuma saya mohon kepada semua untuk mendoakan saya untuk terus berkarya sambil menjaga apa yang perlu, Insya-Allah,” ujarnya.

Sumber: mStar

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Malaysia mara ke final Piala Merlion

Kuala Lumpur: Pasukan Bawah 22 (B-22) tahun negara meneruskan rentak cemerlang skuad senior apabila mencipta kemenangan ke atas Kemboja dengan 4-2 dalam aksi Piala Merlion 2023 di Stadium Jalan Besar, di Singapura, petang tadi.

today24 March 2023