
PENDANG: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menafikan beliau “mungkir janji” dengan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Abang Johari Openg, berhubung keputusan bertanding di negeri itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Muhyiddin berkata, hanya wujud persetujuan bahawa Bersatu tidak akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) sebelum ini, bukan pilihan raya membabitkan kerusi Parlimen.
“(Abang Johari) kata saya mungkir janji. Siapa mungkir (janji)?” soal bekas perdana menteri itu.
Beliau mengulas mengenai kritikan Abang Johari terhadap PN kerana dikatakan melanggar janji tidak bertanding di Sarawak pada PRU15, lapor Borneo Post. Perjanjian itu dibuat sebelum PRN Sarawak ke-12.
Minggu lepas, PN mengumumkan ia akan bertanding di empat kerusi Parlimen Sarawak,…