Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Tak Nak Ambil Tahu, Kalau Tak Puas Hati…” – Ayda Jebat

today18 September 2022

Background

Baru-baru ini tular isu dakwaan seorang artis wanita meningkat naik yang memburukkan dan mempersoalkan kejayaan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat dalam industri seni tanah air.

Menurut Ayda Jebat, dia enggan mengambil tahu siapakah gerangan pelakon wanita meningkat naik yang memburukkan namanya kepada individu lain.

“Saya tak tahu dan tak nak ambil tahu. Bagi saya, kalau tak puas hati cakap depan-depan.

“Mungkin dia tiada niat nak bercerita, tapi bila bercakap dengan rakan-rakan artis menyebabkan perkara ini tersebar dan mengeruhkan lagi keadaan.

“Sebenarnya daripada dulu lagi saya kurang disenangi oleh segelintir artis dan tidak menjadi masalah untuk saya.

“Salah satu sebab saya tak ramai kawan artis pun sebab perkara sebegini. Bila depan suka, tapi di belakang dia buruk-burukan orang lain,” katanya.

Pelantun lagu Tak Bisa Lepas itu juga berkata kejadian seumpama itu kerap berlaku sebelum ini sehingga syarikat produksi pernah menyenarai hitam namanya.

“Saya hanya berkawan dengan artis bila berkaitan kerja saja. Tiada yang saya keluar lepak makan bersama-sama. Kalau ada pun betul-betul ikhlas dan baik.

“Saya pernah dihubungi penerbit dan pengarah yang memaklumkan nama saya disenarai hitam tanpa usul periksa.

“Bila saya dapat tahu rupanya ada pelakon yang burukkan nama saya sehingga saya berjumpa dengan pelakon itu. Perkara sebegini bukan sekali dua berlaku,” ujar Ayda.

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma


Previous post