

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad yang terkenal dengan personalitinya yang lantang menyatakan tidak pernah mempedulikan pendapat orang lain terhadap dirinya sejak terjun dalam politik, sambil menegaskan sentiasa melakukan apa dirasakan betul.
Dalam dokumentari mengenai dirinya, beliau berkata:
“Saya selalu ditanya apakah legasi saya. Saya tidak peduli. Mereka boleh melabel saya sebagai diktator, itu hak mereka. Sejak dari awal lagi, saya telah memutuskan yang saya tidak peduli apa yang orang fikirkan mengenai saya, selagi saya buat perkara yang betul.”
Ungkapan itu merupakan kenyataan terakhirnya dalam filem berdurasi 65 minit bertajuk ‘My Name is Mahathir’, diterbitkan bersama oleh sebuah syarikat produksi berpangkalan di Singapura dan rakan kongsi mereka dari Malaysia. Filem berkenaan meraih pingat perak bagi kategori dokumentari dalam satu…