Hot FM

“Saya Tak Pernah Minta Modal Dekat Ayah, Untuk Mulakan Perniagaan,” —Asyraf Khalid

Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K, Asyraf Khalid sebelum ini pernah menerima pelbagai respon daripada orang ramai selepas berkongsi tentang kejayaan perniagaannya yang bermula daripada bawah.

Oleh itu, Geng Pagi Hot pada 29 April 2020 telah berjaya mendapatkannya dan sempat menemubual beliau menerusi slot GPH Hangouts.

Bila ditanya bagaimana dia memulakan kerjayanya dan dari mana datangnya modal, ini jawapan Asyraf:

“Saya tidak pernah minta modal dekat ayah,” ujarnya dengan nada tegas

Menurut Asyraf kejayaan yang diperoleh adalah hasil didikan bapanya yang meminta dirinya untuk berdikari selain tidak mudah memberi kesenangan.

“Ayah tak pernah manjakan saya dari segi wang ringgit, dan saya takut nak mintak duit dari Ayah dari kecil. Ayah didik kita dari kecil, kalau nak sesuatu, you have to work for it,” jelasnya lagi

Menurutnya, bapanya sudah membantu dirinya dari segi pelajaran dan pengetahuan, sehingga sampai satu tahap untuk membuka perniagaan, Asyraf mempunyai pengetahuan dan perlu bergerak sendiri.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Shuib dengan menyatakan mereka yang mahu berjaya sebenarnya tidak perlu banyak modal. Cuma, boleh mula dengan zero marketing.

Sementara itu, Asyraf turut berkongsi perwatakan Datuk K di rumah.

“Dia ayah yang sangat strict,”

Ujar Asyraf, ayahnya sangat mementingkan pelajaran selain banyak mengajar mereka adik-beradik menjadi seorang yang sangat berdisiplin.

“Pagi-pagi dah bangun, kena pergi gymnasium,”

Terdahulu, Asyraf dan Tya telah mendirikan rumah pada 1 November 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.

Exit mobile version