Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

“Saya Tak Point Kepada Mana-Mana Pihak” – Kamal Adli

today25 February 2026

Background

Pelakon Kamal Adli tampil menjelaskan mengenai kenyataannya sebelum ini berkait isu terpaksa menjaga batas pergaulan meskipun tempoh idah hanya dilalui oleh bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Menerusi perkongsian di Threads, Kamal berkata, hantaran itu sebenarnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak melainkan hanya mahu berkongsi kepada umum.

“Salam rakyat. Posting saya pasala isu iddah tu saya sumpah demi Allah tak point pada mana-mana pihak.

“Itu hanya untuk saya dan sangat-sangat nak kongsi dengan anda semua kalau saya tak share saya akan jadi bengong pendam.

“Please jangan gaduh ke, ungkit ke sampai jadi tak best please,” katanya.

Terdahulu, pelakon filem Takluk: Lahad Datu ini berkongsi bahawa dia harus menjaga banyak perkara termasuklah mengawal tingkah laku ketika bekerja.

ARTIKEL BERKAITAN:“Walau Satu Pihak Dalam Idah, Saya Tetap Jaga Batas & Tak Rapat Dengan Mana-Mana Perempuan…” – Kamal Adli

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Cuma Buat-Buat Okay” – Tak Boleh Tipu Diri Sendiri, Kamal Adli Akui ‘Koyak’

ARTIKEL BERKAITAN:Uqasha Senrose Didakwa ‘Balas Balik’ Kenyataan Kamal Adli Isu 2 Minggu Tak Jumpa Anak?

ARTIKEL BERKAITAN:Individu Fitnah Uqasha Senrose ‘Hamil’ Anak Orang Lain, Kamal Adli Bersuara! – “Itu Anak Kandung Saya”

Written by: Salma


Previous post