Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Tak Sekejam Itu” – Didakwa Mainkan Hati Wanita, Khai Bahar Beri Penjelasan

today16 March 2023

Background

“Saya pun ada hati dan perasaan juga”

Demikian kata-kata penyanyi Khai Bahar, 29, yang tampil menjelaskan dakwaan dia mempermainkan hati seorang wanita seperti yang tular di laman Twitter bulan lalu.

Tidak mahu isu berlarutan, Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin memberitahu dia terus menghubungi individu tersebut sebaik saja mengetahuinya.

“Tak ada apa pun, cuma salah faham saja. Bila membacanya, saya pun terkejut dan terus hubungi individu yang dikaitkan itu. Saya tanya terus dan selesaikan cara baiklah.

“Bila sudah selesai, individu yang ‘tweet’ itu saya tak salah pun. Dia pun padam ciapan mula-mula itu sebab tak nak hal ini dipanjangkan. Ini sebab saya tak ada salah pun dengan orang,” katanya kepada XTRA.

Khai ditemui pada sidang media majlis berbuka puasa amal bersama Khai Bahar di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Tambah pelantun lagu Sengsara ini, dia juga menerima teguran daripada rakan dan keluarga malah akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih untuk berkawan.

“Saya sendiri tuan badan yang tengok hal-hal begini dan rasa bukan salah saya, jenis saya terus cakap dengan orang itu, tanya apa salah saya? Kalau salah saya, saya minta maaf. Kalau bukan salah saya, tolonglah selesai cara baik.

“Saya akan lebih berhati-hati selepas ini. Teguran daripada rakan-rakan dan keluarga pun ada saya terima. Jangan terlalu berkata-kata manis sangat dengan orang. Saya pula jenis cepat mesra dengan orang.

“Saya bukan memilih orang untuk berkawan, bila jadi macam ini saya rasa bingung. Berterabur sekejap otak sebab tak mungkin saya sekejam itu,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu yang dikenali sebagai Syura mendedahkan bahawa Khai meninggalkan hubungan percintaan bersama rakannya tanpa sebarang penjelasan.

Namun beberapa jam kemudian, individu tersebut tampil membuat pemohonan maaf kepada Khai.

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Khai Bahar Putuskan Hubungan Cinta & Ghosting, Individu Tampil Mohon Maaf – “Tiada Niat Burukkan Nama…”

ARTIKEL BERKAITAN: Berjanji Itu Ini, Individu Dedah Khai Bahar ‘Ghosting’ Teman Wanita Bertahun-Tahun – “Dulu Kau Buat Kawan Aku…”

Written by: Aqilah


Previous post

Sukan

Aaron-Wooi Yik perlu ubah corak permainan

Kuala Lumpur: Pasangan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik perlu mengubah corak permainan dan mencipta taktikal baharu sekiranya tidak mahu tersingkir awal dalam kejohanan yang bakal disertai selepas ini.

today16 March 2023