Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Saya Tak Sekuat Awak, Otak Saya Kosong…” – Mahu Sedikit Masa, Sissy Imann Mohon Maaf Pada Naim Daniel

today25 January 2023

Background

Penyanyi, Sissy Imann tampil bersuara selepas nyanyiannya di program Famili Duo minggu ke-6 teruk dikritik oleh juri, penyanyi Mas Idayu secara langsung pada Ahad lalu.

Malah, sehingga ini kontroversi tersebut masih hangat menjadi sebutan ramai di serata media sosial yang berang atas tindakan pelantun lagu Selangit itu.

Terkini, berdasarkan sebuah perkongsian di Instagram, Sissy memuat naik foto bersama penyanyi, Naim Daniel selaku pasangannya dalam program tersebut.

@xtra_my

“Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka” – Mummy Mas Idayu #fyp #xtramy #masidayu #marah #sissyiman #familiduotv3 #viral #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Menerusi ruang kapsyen, Sissy memohon maaf kepada Naim kerana terpaksa menjawab segala pertanyaan daripada ramai pihak sendirian.

“Hari ni, hari rabu. Selama enam minggu sebelum ni, harinilah hari di mana kita dah finalize concept persembahan. Kita langgar waktu dengkur kita dengan perbincangan dan pastikan deck yang kita buat bersama dah siap supaya production dah boleh present pada props, stylist dah boleh cari baju.

“Hari inilah hari yang sepatutnya kita dah dapat audio dari music director selepas selesai practice dengan band yang selalunya hari Isnin kita dah siap arrange form.

Artikel Berkaitan: Famili Duo: Anak Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Ini Respons Bapa Sissy Imann

“Tapi minggu ini, dalam otak saya kosong. Tak ada lagu. Tak ada visual. Kita dah janji untuk sama-sama hadap apa-apa kemungkinan jauh sebelum pertandingan ni bermula tapi saya minta maaf sebab tak dapat jadi sekuat awak.

“Saya minta maaf sebab awak kena hadap semua pertanyaan seorang diri. Saya minta maaf atas semua panggilan dan mesej awak yang saya tak jawab sebelum ni sedangkan semua ni sepatutnya menjadi tanggungjawab kita bersama.

“Tak semena-mena you have to take the lead now. Sissy minta maaf juga pada semua rakan-rakan media dan rakan-rakan who I left in the dark as I am, stuck in the dark too,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Peduli Dengan Kata-kata Mereka” – Mas Idayu Mohon Orang Luar Jangan Masuk Campur Hal Penjurian

Sementara itu, pelantun lagu Entah Apa Rasa itu memohon orang ramai untuk memberikannya masa untuk kembali bangkit.

“Jangan risau. Insya-Allah I’ll be back. Beri Sissy sikit ja masa lagi ya sayang semuanya,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti membanjiri komen tersebut dengan sokongan penuh terhadapnya agar terus kuat semangat mengharungi segala cabaran dalam industri seni.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sissy Imann (@sissyimann)

Terdahulu, kontroversi tercetus susulan penyanyi Sissy Imann dan Naim Daniel diberikan teguran oleh juri, Mas Idayu kerana tidak berjaya menyanyikan lagu Jampi dalam versi Keroncong pada program Famili Duo baru-baru ini.

@xtra_my

Persembahan kontroversi malam ni! Apa pun min puji semangat @sissyimann @naimdanielx semoga terus semangat melangkah okay? 💖 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3

♬ original sound – XTRA – XTRA

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ”Mula-Mula Rasa Geram Dengan Mummy, Tapi…” – Isu Nyanyian Dihentam Juri, Ramai Netizen Tampil ‘Back Up’ Mas Idayu

Artikel Berkaitan: “Tak Mengapa, Saya Ada” – Naim Daniel Titip Kata-Kata Semangat Buat Sissy Imann

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, rancangan Famili Duo membariskan  tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Written by: Aqilah


Previous post