
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak percaya tindakan perlu diambil terhadap aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza berhubung karikaturnya yang menggambarkan Yang Dipertua Negeri Sabah Musa Aman sebagai korup.
“Saya tidak setuju (Fahmi Reza) didakwa dan ditangkap,” katanya pada sidang media hari ini.
“Bukan semua kritikan terhadap kerajaan perlu disiasat oleh pihak berkuasa.”
Fahmi sedang disiasat oleh Bukit Aman bawah Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penggunaan kemudahan rangkaian secara tidak wajar, dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat mencetuskan pecah keamanan.
Anwar juga berkata Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia masih diperlukan bagi kes melibatkan pornografi dan buli siber, memetik kes pempengaruh A Rajeswary.
Katanya, beliau tidak boleh menghalang pihak…