Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

‘Saya tak tahu, belum dapat notis rasmi’, kata Zuraida berhubung status dalam Bersatu

today14 February 2022

Background



Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin merasmikan Konvensyen dan Expo Antarabangsa Industri Getah Malaysia hari ini.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu Zuraida Kamaruddin belum menerima sebarang notis rasmi berhubung statusnya dalam parti itu.

Zuraida yang baru pulang dari lawatan kerja rasmi di Iran berkata, sehingga kini beliau masih lagi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

“Saya baru balik dari Iran, saya tahu saya masih menteri di sini.

“Saya tak tahu apa yang berlaku dan saya tak dapat sebarang notis rasmi daripada parti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen dan Expo Antarabangsa Industri Getah Malaysia.

Zuraida mengulas statusnya susulan Bersatu sedang membuat penilaian berhubung dakwaan pembabitannya dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Pada 7 Feb lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata jawatan MPT dan status Zuraida sebagai menteri menjadi pertaruhan jika…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Anne Muhammad


Previous post