

Pengarah urusan Nepturis Sdn Bhd, syarikat dianugerahkan kontrak membina IPD Klang Utara di bawah program Jana Wibawa, memberitahu Mahkamah Tinggi beliau tandatangan cek RM1 juta kepada Bersatu pada 2022, namun tidak mengetahui tujuannya.
Rizman Akum Khan, 42, selaku saksi pendakwaan ke-16 pada perbicaraan kes rasuah bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, berkata dalam pernyataan saksinya bahawa ahli perniagaan Lian Tian Chuan mengarahkannya menyediakan cek itu, pada 16 Feb 2022.
“Saya mengesahkan cek itu dikeluarkan untuk dibayar RM1 juta kepada Bersatu. Saya mengesahkan bahawa saya menandatangani cek tersebut di ruang tandatangan ditetapkan. Saya mengesahkan tandatangan pada cek itu milik saya. Selepas menyediakan dan menandatangani cek, saya…