
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik kecewa dengan keputusan Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin yang tidak meneruskan program sarapan percuma (PSP) kepada murid sekolah rendah pada sesi persekolah tahun depan.
Dalam catatan di Twitter, beliau mempersoalkan jawapan bertulis Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengikut keputusan Jemaah Menteri ketika pimpinan Muhyiddin Yassin.
“Yang Menteri Kanan Pendidikan ikut keputusan jemaah menteri kerajaan lama 2020 sebelum Covid-19 ini apa cerita?” soalnya merujuk kepada soalan beliau apakah kerajaan hari ini bercadang untuk memperkenalkan semula PSP bagi sesi persekolahan 2022 sebagai usaha pemulihan pasca wabak Covid-19.
Dalam jawapan bertulis semalam, Radzi berkata Kabinet dalam mesyuarat pada 15 Jan tahun lalu memutuskan untuk tidak…