
PETALING JAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim tiada masalah untuk bertemu dan berbincang dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mengenai kerjasama politik menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Namun, Anwar berkata, perkara yang ditekankan PH ialah kepentingan untuk melawan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN).
“Tiada masalah. Boleh jumpa, boleh bincang, tetapi selalu saya tekankan mengapa nak lawan PN atau BN. Atas dasar (lawan) iaitu tolak rasuah, perkauman dan fahaman melampau. Kalau itu yang diminta, saya tiada masalah,” katanya dipetik Bernama semasa melawat Little India Klang di Jalan Tengku Kelana, Klang.
Media hari ini melaporkan Mahathir yang merupakan pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) bersedia bertemu Anwar bagi…