
KUALA LUMPUR: Rosmah Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tidak masuk akal beliau menggunakan petugas awam untuk mendapatkan wang sogokan bagi projek pembangunan ketika suaminya Najib Razak menerajui kerajaan.
“Kenapa saya nak berbuat demikian (guna petugas awam) apabila saya tidur dengan perdana menteri (ketika itu),” kata beliau apabila di soal peguamnya,” Akberdin Abdul Kader.
Rosmah berkata demikian apabila peguambelanya meminta penjelasan berhubung dakwaan pendakwaan bahawa beliau menggunakan bekas pembantunya, Rizal Mansor, untuk berunding dengan sebuah syarikat bagi memperolehi wang sogokan.
Pihak pendakwaan dikatakan menuduh Rosmah menggunakan Rizal untuk mendapatkan dan memperolehi sogokan daripada pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd, Saidi Abang.
Rosmah dituduh meminta rasuah RM187.5 juta daripada Saidi menerusi Rizal sebagai imbuhan untuk membantu Jepak Holdings mendapatkan projek solar bagi 369 sekolah di…